Wednesday, March 13, 2013

LAPAN

KENAPA APA YANG SAYA NAK TAK DAPAT

Mungkin itu kehendak....

Kita sering keliru dengan kehendak dan keperluan...mana satu perlu mana satu hendak...
tapi kita seringkali terikat dengan kehendak...berbandaing keperluan...saya tidak nafikan saya didalam golongan yang sama...sering terikat dengan kehendak....

Bermula dengan zaman kanak kanak...saya berkehendakkan kebebasan...dari kecil saya mahu mengetahui apa itu dunia luar...saya sering cuba curi curi keluar rumah...dan bangga dengan apabila saya dapat melakukannya...mungkin kita semua boleh label budak kecil memang mempunyai perasaan ingin tahu yang melampau..tapi saya....super-melampau...

saya cuba upload yang nampak kurang nakal sikit....hiks
Kebebasan yang saya mahukan semasa kecil...saya mahukan segalanya....sampai sekarang saya pun tak pasti kenapa saya terlalu mahukan kebebasan....umur 5 tahun dah pandai curi - curi keluar guna pintu dapur masa umi tidur...kenapa saya terlalu mahukan kebebasan....saya sendiri tidak pasti....



Bila meningkat remaja saya juga mahukan kebebasan....Alhamdulillah saya mempunyai ibubapa yang agak tegas...saya tidak boleh keluar malam macam rakan yang lain....masa itu urghhhhhhh saya selalu berfikir...'kenapa apa yang saya hendak tak dapat"

Bila umur meningkat separa dewasa...sampainya waktu ingin melanjutkan keperingkat yang lebih tinggi...saya mahukan sesuatu yang saya suka...sekali lagi kehendak saya tak tercapai...Allah berikan jalan yang sememangya lain dengan apa yang saya mahu kan.... 

Bila alam bekerja sampai...mungkin sudah biasa dengan kehendak yang tidak kesampaian saya bekerja di tempat yang sememangnya lain dengan jurusan yang diambil...tapi saya sentiasa terfikir kenapa kehendak saya tidak sampai pada titiknya

Dan sekarang saya cuba positif dengan rumusan yang saya buat untuk diri saya...

Sebenarnya apa yang telah disediakan oleh-Nya adelah keperluan yang paling saya kehendaki...

Semasa kecil - saya curi -curi keluar kerana hendak bermain walaupun ummi larang...itu sebenarnya kalau ummi tak larang saya mesti jadi kanak kanak yang terbiar...

Remaja - Ummi selalu marah bila saya nak keluar  malam-malam..tak bagi nak buat itu ini..saya rasa kalau ummi tak buat macam tu saya bukan caa yang sekarang ni....entah entah end up jadi teruk sangat...kurang ajar dengan orang tua...dan lain lain benda buruk..

Pembelajaran- Kenapa Allah bagi saya jurusan yang saya tak suka...saya rasa kalau dia bagi jurusan yang saya suka saya tidak dapat kerja rileks macam ni...hahaha


Dia tahu apa keperluan saya..Alhamdulillah

Kesimpulannya....Dia bagi apa yang kita perlu...Dia halang semua yang kita hendak..kerana kadang kadang kita tak dapat bezakan nafsu dan niat...kerana kita hanya hamba-Nya

===========================wallahualam=======================================


TUJUH

MUNGKIN ini bahagia....

Setiap perkara yang kita lakukan,dari sekecil usaha hinga seberat berat tanggungjawab kita akan mengharapkan kebahagian....begitu juga dengan saya...setiasa berharap segala usaha yang dilakuakan berakhir dengan BAHAGIA

bermula dengan menaggap itu MUNGKIN BOLEH BAHAGIA....

Alhamdulillah setelah melakukan perubahan dalam diri ALLAH bukakan lagi satu jalan kebahagiaan kepada saya..mungkin sudah lama bermimpi siang bahawa saya akan ada baju dengan tag nama saya sendiri...

Dengan bantuan adik tersayang kami berjaya mewujudkan baju dan tudung dengan nama kami sendiri...Jadi tag NEEAT di entry sebelum ini adelah fashion line kami

Kenapa NEEAT...kerana itu Niat kami dan kami cuba realisasikan...kepada semua yang ingin view collection kami boleh click url dibawah....terima kasih semua





Monday, March 11, 2013

ENAM

Mungkin ini perubahan


Dalam dunia ni ada banyak perubahan yang boleh dilakukan..menjadi lebih baik atau sebaliknya...mungkin ini pertama kali saya membuat sesuatu perubahan dalam diri...soalan pertama ketika ingin berubah.....

BOLEHKAH BERUBAH...atau ini MUNGKIN PERUBAHAN

Maaf sudah lama tidak update blog mungkin sibuk atau mungkin malas....atau mungkin terlupa..Ketika mula berjinak dengan blog saya masih lagi ditahap yang lama tapi ada niat ingin melakukan perubahan...seperti biasa dugaan lebih kejam dari yang dijangka...jadi saya maih ditahap itu dan tidak tahu bila boleh berubah..

sehingga satu masa saya rasa saya perlu melakukan sesuatu untuk merasa lebih bahagia...dan dari MUNGKIN boleh berubah saya telah menjadikan ia kepada realiti...SUDAHPUN BERUBAH

apa yang berubah......tolong doakan saya istiqamah....terima kasih semua..